Malam ini terasa sunyi dan dingin sekali dengan angin yg sepoi-sepoi bahasa  
bagi kak sofea (bukan nama sebenar) ini adalah waktu-waktu yang
yang tidak digemarinya....
sejak kematian suaminya 2 tahun yang lalu, hidup kak sofea amat sunyi
sunyi zahir dan terutamanya batin.

Cerita nya begini.....
pada suatu malam, kak sofea terasa tidak sedap badan
mungkin akibat cuaca yang tidak menentu sekarang
tapi ada satu perasaan yang biasa dia rasa apabila tiba waktu malam begini...kenangan bersama bekas suaminya dulu selalu terbayang dimata seperti layar kecil yang tidak pernah berhenti memainkan filem-filem kenangan mereka saat bahagia dulu.


sedang leka mengelamun, kak sofea berasa haus dan tanpa berlengah dia pon terus melangkah turun kebawah dan menuju ke peti ais yang berada di dapur.
selesai kak sofea minum dengan nikmat nya tiba2..










dia terus ke singki untuk membasuh  cawan yang digunakan kemudian dia terus naik keatas untuk tidur.
begitulah kisah kak sofea yang kehausan.


    Assalamualaikum....err..malam ni hujan sangat lah lebat...silap2 kalau tak berhenti jugak sampai pagi esok ni...banjir kut??uishh jangan2...susah Oooo nanti.....tapi kalau hujan sikit2 takpa...hujan tu kan rahmat? dan salah satu waktu paling mustajab nak berdoa...waktu2 hujan macam ni la....so amik peluang okey?..haaa dah macam lari topik je kan?kehkeh...sekarang ni aku nak cerita pasal perempuan...ye perempuan...aku memang suka cerita pasal perempuan ni....sebab aku memang suka perempuan....kalau ada yang tak suka dengan perempuan tu? bawak2 lah bertaubat ye...takut mati cepat nanti tak sempat taubat pulak?kehkeh..:P



    Okey aku ada satu soalan....antara lelaki yang skema dengan lelaki yang sedikit nakal...mana satu pilihan korang?? mesti lah korang pilih lelaki yang agak nakal betul tak? haa...apa standard beb kawan dengan budak skema....lurus bendul...tegak semacam je...kalau buat boyfriend pon macam tunggul kayu...bosan kan??haha!




Sasha : weyh...aku dgr cite si meon tu syok kat kau?

Linda : eiuwww..apa klass si meon tu...skema macam kayu je....not my taste okey..!

Sasha : Memang la..kau kan suka kat Atan tu...tapi dia tu nakal sikit...selalu ada masalah displin.

Linda : hihihi...tula yang aku suka beb...nampak cool je kan.

Sasha : Dah la kau....aku gerak dulu...menyampah.



    See..?? inilah masalah perempuan...bila lelaki yang skema suka kat dia....mentah-mentah kena reject alasanya takda class. pastu lagi suka kat laki yang nakal....lelaki nakal ni fun boleh enjoy-enjoy. takda la bosan bila dating kan..sebab tu jadi pilihan perempuan.
tapi bila ditinggalkan je...ni kata perempuan.




Linda : Atan tu jahat la, aku salah cakap sikit je dia dah tampar muka aku, sakit tau!! pastu tadi lak dia mintak clash...Eeeeee,,,lelaki semua sama je...tak boleh pakai...haprak..penipu!!..Hey hey hey hey aku tak percaya CINTA.





    Fuhh...lelaki jugak yang disalahkan...sikit-sikit lelaki....jahat sangat ke lelaki ni? ishh2...yang kau dulu pergi pilih budak nakal tu siapa suruh kan? dah tau dia nakal..jahat...tapi kau pilih dia jugak. Sekarang padan lah dengan muka kau kan.? kehkehkeh..
    
    tapi dari apa yang aku tengok selama ni..memang perempuan cenderung memilih lelaki yang nakal, yang suka usik-usik dia...usha-usha dia... pastu buat-buat macam jual mahal konon nya..kehkeh..
dah nama pon lelaki..bab2 kacau mengacau gelek mengelek usik mengusik ni memang dah jadi tugas lelaki la..melainkan kalau lelaki tu skema..memang tak pandai la nak kacau2 ni..yang dia pandai senyum sorang-sorang pastu syok sendiri..kehkehkeh..:P

    Tapi yang sebenar-benarnya lelaki yang skema ni lah yang baik dan layak dijadikan pasangan hidup. dibandingkan dengan lelaki nakal...so pilihlah dengan bijak okey? peace..:D







P/S : "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan".


    Assalamualaikum semua...heyy jumpa lagi.....lepas aku selesai je solat subuh tadi....tiba2 terasa macam nak update entri baru pulak (macam dapat hidayah lebih kurang) kehkeh..haaa...tapi aku takde idea lah pulakkan...fikir punya fikir termenung dua tiga kali..meniarap baring tetungging macam2 gaya dah aku buat....akhirnya...tiba2 aku terpandang Al-Quran...then aku teringat sesuatu tentang Quran tu..haaa....bagi yang nak baca Quran kan...ada tak yang mengalami masalah nak cari muka surat dalam Quran tu? nak selak2 banyak2 kali kan? susah kan? or ada yang mungkin taktau bahasa arab lagi susah nak cari betul?? kalau betul meh aku tunjuk cara senang nak cari muka surat ni.....yang penting matematik korang masa upsr dpt A la okey baru senang... if matematik korang pon tak lulus tak dapat den nak nolong nye?kehkehkeh..:P



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

So macam mana?? ada yang tak faham? kalau ada boleh drop komen tanya aku okey??? selamat beramal...:)




P/S : Kata Saiyidina Abu Bakar "Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya sehinggalah dia melepaskan perhiasan tersebut".

    Assalamualaikum guys.....bila sebut pasal wanita...apa yang korang bayangkan?? (please jangan bayangkan benda yang tak sepatutnya kayh!) haha..orang kata wanita ni rumit?? cerewet?? suka merajuk?? senang menangis?? lagi apa ? okey aku tak nak la cakap banyak2...nanti ada pulak yang serang aku..kahkahkah...

So sekarang aku nak kongsikan 10 fakta mengenai wanita ni...nak terima or tak nak? terpulanglah pada anda wahai wanita2 yang cantik sekalian...enjoyy!


cantikkan fida ni? heee..:D




1. Lebih dari 55% wanita selalu memeriksa gigi secara rutin berbanding lelaki yang hanya 40% sahaja.

 2 . Mengikut enjin carian Google, Seramai 2446 wanita yang meninggal akibat kanser payudara berbanding lelaki yang hanya 16 orang pada tahun 1990.

3. Kajian dikebanyakan negara dunia menunjukkan, wanita menggunakan masa hampir dua kali lebih banyak untuk shopping berbanding lelaki.

4. Wanita lebih banyak guna kataganti diri "SAYA" berbanding lelaki.

5. Satu per empat wanita gagap semasa bercakap.

6. Wanita lebih lama apabila berada ditandas dibanding lelaki.


 7. Purata bibir wanita diseluruh dunia lebih besar dari lelaki.


 8. Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh yang berbau berbanding lelaki.

 9. Rata-rata wanita tidur 1 jam lebih lama daripada lelaki pada waktu malam.


 10. Kebanyakan bayi  perempuan lebih cepat pandai bercakap dan pandai berjalan berbanding bayi lelaki.









P/S : "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" .



    Assalamualaikum guys! okey kali ni aku nak kongsikan satu tutorial ataupun cara ataupun teknik ataupun wa taktau pun?? hahaha..!..okey ni cara macam mana nak hilangkan translate bar pada sapa2 yang guna google chrome, okey pada yg taktau benda apa yg aku cakap tu..contoh nya macam ni :

Klik untuk Tumbesaran


Haa..yang ni la...pernah tak korang punya browser Chrome tu keluar bar macam tu?? Rasa macam meluat, geram, menyampah, menyusah, mengeliru, dan men2 yg lain lah kan? betul tak? haa so sekarang meh usha sama2 macam mana nak hilangkan benda tu...(Pada sapa2 yang dah tau tu...diam2 lah ye..buat2 taktau sudahh :P)





Step Yang Pertama

Cuba korang tengok kat bahagian kanan belah atas tu ada macam gambar spanar kan??haaa...korang klik kat situ then pilih bahagian OPTION....jelas tak?





Step Kedua

Okey..step yg kedua pulak...bila korang dah klik kat OPTION tadi tu...dia automatik akan bukak tab yang baru dan akan keluar page yang macam kat atas ni....dah keluar terus korang pilih bahagian UNDER THE HOOD then klik situ.






Step Ketiga

Step yang ketiga pulak...bila korang dah klik tadi tu..dia automatik jugak akan keluar bahagian yang macam kat atas ni...korang scroll sikit kebawah dan akan jumpa TRANSLATE tu....kemudian UNTICK kan kat situ.....
Haa...dah selesai dah...ada yang kurang jelas tak? kalau ada boleh drop komen kat bawah tanya apa yang korang tak jelas ye...:D




P/S : Nabi kata "Balighul Anni Walau Ayah"(sampaikanlah kepada mereka walaupun satu ayat)














    Assalamualaikum pada yg tgh membaca blog aku yg xseberapa ni (kalau ada pembaca la) kehkeh..haa..ni masuk entri keempat aku sejak blog aku ni ditubuhkan dengan jayanya walaupun xberapa jaya tapi anggap sajalah jaya ya..ya mcm jaya jusco la tempat aku mencuri membeli selalu..tak kesah la beli apa..yang penting masa sebelum raya dulu...kat situ lah tempat aku selalu tuju dikala duet tengah bersepah2 sampai tak tau nak buat apa..haa nengok mcm dah melalut kan???aduhhh okey2.....hahahah!


    Untuk kali ni...aku tak nak menaip panjang2 (macam sebelum ni panjang je kan? :P) hehehe..tak kesah lah ape pon...aku nak cerita melalui gambar jela...lukisan dlm gambar yg cantik huduh ni aku buat sendiri je..haha..lantak la kan..yang penting orang boleh faham ape aku nak sampaikan dah cukup "lihat apa yang dilukis bukan lihat siapa yg melukis" kan? haha..okey lihat dan fahamkan..tettt!

                                           


Babak Pertama

Babak Kedua


So macam mana guys??boleh faham tak?? hahaa..kesimpulan nya..hargai lah pemberian orang kat kita...tak kesah la even harga dia seposen sekalipun...tu tetap bermakna jugak...renung2kan dan selamat beramal.(gaya professor izzi) .:P



P/S : "Tiada hadiah yang lebih beharga daripada nasihat yang baik"

    Yeah...baru-baru ni saintis telah menemui satu penemuan yg pelik lagi ganjil yang berlaku di negara kita...tapi sebenarnya...bukan lah ganjil sangat bagi orang2 yg dah biasa...cuma orang yang tak biasa tengok macam aku ni jadi luar biasa la..kehkehkeh.. hal ni sebenarnya dah lama dah pon...cuma aku sengaja nak naik kan balik isu ni...yelah...hal kecik kalau dibiar lama2 pon boleh jadi besar kan?? "Gunung Kalau ditarah setiap hari Runtuh jugak akhirnya" so aku nak cerita lah kat sini then korang fikirlah...memalukan ke tidak...:D


    seperti mana yang korang  dan semua orang juga orang-orang tau lah kan...perempuan ni dijadikan dengan sifatnya yg lemah lembut, sopan santun, lemah gemalai, lemah sendi, lemah tenaga batin dan lemah2 yg lain kan??
so tak patut betul kalau perempuan ni bertindak kasar melebihi lelaki, nak dijadikan cerita, pagi tadi aku keluar pegi kedai jup,beli barang, then tiba2 aku nampak situasi ni :



    Haa...so apa yang korang fikir?hhehe...nampak kan? mcm lelaki tu pulak yg lagi sopan dari perempuan tu..memang itulah yg jadi tadi..aku terkejut jugak...brutal betul minah ni..ish...tapi aku respect dkt bro tu..sbb dia rileks je..tak gelabah...hmm...sungguh tak manis kan bila perempuan mula mencarut? macam dah langgar sifat keperempuanan yg lemah lembut tu? huduh bebenor dah gayanya...entah..mungkin dia rasa dia hebat kut boleh cakap mcm tu..choii!! tanggapan pertama aku untuk perempuan mcm ni perempuan ni dia memang perempuan MURAH...sebab apa? sebab perempuan yg MAHAL tak akan sesekali cakap macam tu...kan?? just my point of view..:) 


    Kalau ada yang tak setuju tu aku tak kesah...sebab semua orang ada pandangan masing2..so hargai lah pendapat orang ye..:)

sopan kan gadis2 ni??euiww gadis ke?mudah-mudahan aminn:D








P/S : " Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan" :D

   Ehem...waktu skrg pukul 2.45am...tapi aku still tak terasa mengantuk sikit pon, silap jugak la aku tadi pegi minum tongkat ali , ni lah akibat nya..adoiii!..haha....tapi aku memang biasa tido lambat2 ni...tak tau la kenapa...penyakit aku kut susah nak tido...korang ade kena mcm ni tak? kadang2 pukul 5 pagi pon still tak boleh tido...mungkin aku terlanggar orang bunian tengah tido then kena sumpah dgn dia sampai aku tak boleh tido? kan? agaknya lah kan? kan? bnyk nye kan? ah gile!..hahaha!



    Okey2 back to the topic...sementara mata aku ni tak mengantok kan...macam biasa la..macam korang jgk...ada masa terluang sikit bukak FB kan? betul tak? alaaa tak payah la nak senyum2...aku tau dah...hahah!...so apa kaitan nya FB ni dengan nak femes macam lembu??? sebenarnya xde kaitan langsung pon dengan lembu...kesian kan?? lembu jugak yg dapat nama...ehh tapi kira okey la aku guna lembu....ada orang..sikit2 nak salah kan babi "eh babi betul lah kau ni"  lagi la teruk kan? dah la babi tu haram!!.nasib baik tak ada hukum bila sebut babi kena samak...kalau ada..entah berapa kali nak kena samak ntah....hahaha



buat sup lombu pon sodap neyh..kehkehkeh


  Eh...macam dah banyak sangat aku mengarut kan?? haha okey2..cerita nya mcm ni...tadi masa aku usha2 home FB aku tu...aku ternampak la satu page ni update status dia kan...so bila aku baca...aku macam teruja...okey tu masa sekali baca...baca kali kedua aku mula berfikir...baca kali ketiga aku dah start loya2 (bukan pregnant okey!) baca kali keempat aku dah start mencarut dah!..hahaaha.. korang nak tau apa yang aku baca tu?? ni diaa jeng jeng jeng...


 

Sooo...apa pendapat korang??? benda ni biasa? luar biasa? amazing? osem?? hahaaha...okey la..pada aku lah kan, dia ni macam  menari2 berbogel sambil meminta sedekah, kehkeh...Banyak dah benda2 mcm ni...buat fanpage guna dialog artis..or apa2 nama yg dianggap unik la..pastu ramai yang like..pastu mula lah nak gedik promote FB admin...kalau perempuan tu aku mcm boleh maafkan lagi la...tapi ni lelaki..ye lelaki...aku tumpang malu jugak la ada spesis aku berperangai mcm orang xde matlamat hidup ni....ni salah satu je aku amik...tapi aku sensord la mana2 yg perlu kan...nanti aku kena saman plak...xde duet OOo nak bayar....saya bukan orang senang bang...hehehe



p/s : " Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ni kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh tu boleh menjadi pandai" :D














    Untuk permulaan aku sebenarnya dah lama nak buat blog ni, tapi baru sekarang berpeluang...sebab apa?? sebab aku rasa blog ni mcm complicated je kan..haha...mcm susah ...yelah..aku ni memang bukan pandai sangat nak edit2 semua ni...ni pon aku tak tau la apa rupa blog aku ni macam i-city pon ada kaler2 bagai...hahah!...ah..tu tak penting kan..yg penting isi nya betul??(ya betul) kehkehkeh..:P



    Mesti ramai yang tertanya-tanya( kalau tak ramai pon buat2 ramai sudah :P) kenapa nama blog ni Kepala Batu??kenapa?kenapa? oh..mcm ni...merujuk pada kepala batu tu sendiri adalah bermaksud Degil kan? jadi apa kena mengena???maksud nya..aku ni Degil la...haha..ya aku agak degil dalam erti kata lain keras kepala atau kepala batu atau lain2 kepala yg korang rasa sesuai la...ekut suka korang nak letak kepala apa..haha...so sbb tu la aku rasa mcm best je kan nama kepalabatu ni..unik pon ada??kan??( ye kan jela weii!!) haha...


Huarghhhhhhh!!!!!


 So sesuai la dgn tajuk entri first aku ni kan..kelahiran sebuah permulaan, hehehe....aku ni sebenarnya minat jugak menulis...tapi biasa menulis merapu jelah...mana aku rasa xkena dengan jiwa aku..aku akan tulis...dulu pernah jugak aku macam nak buat diari lah ape semua tu..alaa yg macam gugurl selalu buat tu kan...tapi aku boboy..bukan gigirl...kahkahkah,,(geli siak!)..tapi semua tu tak jadi pon..memandangkan aku ni bukan lah seorang yg rajin tapi rajin jugak la...ye ramai kata aku rajin...betul ke??haha..okey stop merapu!!


     Memandangkan aku ni baru lagi dalam dunia blog ni...aku mintak la korang2 yg otai2 ni..berilah tunjuk ajar pada hamba ini...sesungguhnya hamba ini amatlah daif tentang dunia blogging ni...semoga tuhan saja yg membalas jasa kalian....eh?? apsal tiba2 bahasa istana aku guna? ah yg penting orang faham kan??haha...okeyh lah jumpa lagi di episod akan datang ye...tu pon kalau adelah episod nya...kehkehkeh..:P     


    Terima kasih sbb sudi meluangkan masa membaca benda2 yg kurang penting diatas ni ya....kerjasama anda amat saya hargai...sekian terima kasih...:)


                                               comel kan baby ni..??hehehe







p/s: "Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka"